Setiap wanita pasti inginkan suami yang romantis dan mudah untuknya bermanja-manja pada bila-bila masa. Lumrah seorang wanita itu sangat sensitif, manja dan dalam masa yang sama sangat kuat dalaman nya.
Kali ini, ingin kami kongsikan tips untuk para lelaki untuk menjadi seorang suami yang romantik. Menjadi seorang yang didambakan wanita ini tidaklah susah seperti di dalam fikiran kaum adam sekalian. Setiap usaha kecil, sudah cukup membuat seorang wanita itu rasa bahagia dan gembira. Anda tidak perlu bersusah menjadi seperti di dalam hero drama melayu untuk jadi romantik.
Ada lelaki di luar sana yang bukan tidak mahu jadi romantik tapi cumanya ada yang tidak tahu yang romantik itu perlu dalam rumah tangga dan ada juga bukan kerana tak nak, tapi cuma mereka tidak tahu cara bagaimana untuk jadi suami romantik.
Kenapa Romantik sangat penting terutama dalam rumahtangga?
Kerana dalam kehidupan seharian, kita terlalu sibuk dengan kerjaya, tanggungjawab dan juga dengan gangguan-gangguan yang sentiasa ada di sekiling kita dan juga pasangan. Ini menyebabkan hubungan suami isteri menjadi rengang dan rasa cinta semakin lama semakin pudar. Disebabkan terlalu sibuk juga, banyak pasangan yang tidak mengambil masa dan mencari peluang untuk meluangkan masa bersama.
Kebanyakkan wanita atau isteri selalu nya hanya ingin kan tanda penghargaan dari pihak suami. Itu yang paling di inginkan oleh mereka.
Ini cara mudah yang kami kongsikan pada anda untuk menjadi seorang suami yang romantik.
1. Panggil Dengan Panggilan Yang Manja.
Lumrah wanita yang suka pada panggilan-panggilan manja seperti Baby, Sayang, Anje, atau apa sahaja yang membuat Si Dia suka. Wanita suka bila orang yang menyanyanginya memanggil nama khas untuknya dan tidak digunakan oleh orang lain.
Hanya dengan memanggil nama manja sahaja sudah membuat wanita itu rasa di sayangi terutama apabila menggunakan nama-nama manja ini di hadapan kawan-kawan nya atau kawan-kawan suami.
2. Berikan Kejutan Hadiah.
Tidak perlu kerap dan mahal. Hadiah-hadiah itu akan membuatnya rasa anda ingat pada dia pada bila-bila masa. Dengan memberi kejutan juga membuat wanita rasa di sayangi dan rasa diri di sayangi sentiasa.
Walau kadang-kala, isteri akan berkata "tak perlu susah-susah" atau mereka kata tak nak tapi sebenarnya mereka sangat suka kerana bagi para isteri ini, mereka tidak mahu membebankan suami.
3. Luangkan Masa Bersama.
Dengan meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak juga membuatkan isteri rasa bahagia dan rasa anda sangat romantik. Banyak luangkan masa dan prihatin pada perkembangan keluarga terutama anak-anak akan membuat wanita rasa terkurang beban kerana tanggungjawab di galas bersama.
Pergi bercuti, berjalan ke taman tema, memantau kerja rumah anak-anak dan makan bersama pada setiap malam di rumah juga merupakan salah satu cara dalam meluangkan masa bersama.
4. Tatap Mata & Cium Dahi Si Dia.
Alahai, ini memang romantik. Pasti akan membuat isteri anda malu dan merah mukanya. Tanpa berkata-kata tapi hanya dengan memandang ke dalam mata isteri cukup membuat isteri bergetar rasa dan jiwa.
Tatap mata dan cium dahi isteri cukup membuat wanita rasa terharu dan rasa sangat disayangi dan pasti akan membuat isteri anda jatuh cinta pada anda lagi dan lagi.
5. Pujuk ketika Isteri Merajuk atau Marah.
Anda pasti tahu yang wanita suka pada jenaka dan sesuatu yang menghiburkan hatinya. Apa kata, setiap kali isteri anda marah atau merajuk, anda ingat kembali jenaka atau apa yang akan membuat hati nya tercuit dan akan membuat isteri anda gelak ketawa.
Atau anda boleh juga memujuknya pada dia merajuk dengan memeluknya dari belakang atau tunjukan prihatin pada nya dengan bertanya dalam nada simpati atau manja "kenapa sayang merajuk ni? meh Abang nak pujuk. " Pasti isteri anda , dah tak jadi merajuk lepas tu sebab cair dengan kata-kata tu.
6. Kejutan Makan Malam Romantik
Sekali - sekala mungkin pada hari-hari istimewa, anda buat kejutan dengan membawa pasangan anda untuk makan malam romantik. Pada saat makan malam ini, anda boleh membuka cerita saat pada waktu perkenalan dulu, atau saat pada mula- mula perkahwinan. Selami semula saat anda mula rasa cinta dan bahagia ini akan membuat anda dan pasangan rasa syukur dengan setiap cabaran dan onak duri yang dilalui selama ini.
Walau pelbagai cabaran yang dilalui, anda berjaya hingga ke hari ini bersama pasangan dan bersama juga dengan askar-askar kecil yang sentiasa mencuit hati tu.
Anda juga boleh buat kejutan ini di rumah, dengan anda masak dan hias meja makan anda dengan lilin bagi menambah suasana romantik. Tapi sebelum tu, jangan lupa , tinggalkan anak-anak di rumah mak ke atau mertua untuk bagi masa privasi pada anda hanya SEHARI.
7. Puji Kebaikan dan Kelebihan Isteri
Senang je nak jadi romantik kan? Para suami boleh mulakan dengan memuji setiap kebaikan dan kelebihan isteri , seperti contoh isteri masak makan malam lauk kegemaran anda dan sangat sedap sebab memang sama seperti masakan bonda anda.
Anda juga boleh puji dan ucap terima kasih pada setiap usaha isteri anda terutama dalam menguruskan rumah tangga. Isteri anda bekerja di siang hari dan balik dari kerja masih terus bekerja pula di rumah untuk mengurus rumah tangga. Anda boleh ucapkan dengan kata-kata manis dan nada suara menghargai pasangan anda.
Jika berpeluang memuji di hadapan khalayak seperti di hadapan saudara, keluarga mertua, sahabat handainya atau keluarganya pun boleh membuat isteri anda berbunga-bunga hati dan malu.
Untuk menjadi suami yang romantik tidak memerlukan bakat tapi ia boleh dipelajari. Romantik antara anda dan pasangan boleh diperbaiki walau sudah berpuluh tahun anda berkahwin. Mungkin menjadi sesuatu yang luar kebiasaan pada mulanya tapi InsyaAllah, dengan usaha anda walau kecil pasti akan sangat di rasai oleh pasangan anda.
Boleh kongsi kan tips ini pada pasangan anda , mungkin ini menjadi pembuka mata dan hati baginya untuk jadi lebih romeo di mata anda.
__________________________________________
FOLLOW dan LIKE page
kami untuk lihat lebih banyak tips-tips romantik
& gambar-gambar pasangan romantik di abad ini.
Click saja di bawah ni








